Jumlah pelancong ke Sabah catat peningkatan positif, bakal capai sasaran: Christina

Jumlah pelancong ke Sabah catat peningkatan positif, bakal capai sasaran: Christina

KOTA KINABALU: Lebih 1.8 juta pelancong direkodkan telah melawat Sabah sepanjang tahun ini hingga bulan September lalu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, dengan kadaran berkenaan, dijangka sasaran seramai 2.2 juta akan dicapai dengan anggaran resit pelancongan sebanyak RM4.5 bilion pada tahun ini.

Jelas beliau, statistik berkenaan turut menunjukkan peningkatan positif sebanyak 58.2 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

“Setakat bulan September lalu, kita telah mencatatkan ketibaan pelawat setakat seramai 1,883,794 orang dan hampir mencapai sasaran 2.2 juta orang pada tahun ini.

“Daripada jumlah yang direkodkan, pelawat domestik adalah seramai 1,287,279 orang, manakala pelancong luar pula adalah seramai 596,515 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dari ADUN Sindumin, Datuk Yusof Yacob yang mengajukan soalan berhubung anggaran kehadiran pelancong ke Sabah pada tahun ini dalam sesi mesyuarat penggal keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-16, hari ini.

Mengulas lanjut, Christina berkata, pihaknya pada masa sama menjangkakan kadar peningkatan kemasukan pelancong ke Sabah pada tahun hadapan akan naik kepada 15 hingga 25 peratus.

Namun demikian jelasnya, trend jumlah tersebut akan bergantung kepada situasi semasa seperti ekonomi global, jumlah penerbangan ke Sabah dan lain-lain.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|