Jelajah Agong, kelancaran dan keselamatan diutamakan: Saifuddin

Jelajah Agong, kelancaran dan keselamatan diutamakan: Saifuddin

Lahad Datu: Pelbagai usaha telah diambil dalam memastikan kelancaran Jelajah Kembara Yang Di-Pertuan Agong menulusuri laluan Pan-Borneo yang bermula di Sabah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, segalanya akan berjalan lancar mengikut jadual yang telah dirancang oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) nanti.

“Semuanya akan berjalan mengikut jadual mengikut perancangan itu dibawah pasukan PDRM dan juga di peringkat Polis Sabah dan juga penglibatan oleh ibu pejabat Polis Daerah.

“Saya telah ditaklimatkan semua ikhtiar persiapan dalam keselamatan bagi kelangsungan jelajah kenali Borneo yang membabitkan Tuanku semuanya berada dalam keadaan siap siaga kita doakan supaya tidak ada apa-apa kejadian,”katanya.

Untuk rekod, Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permasuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan memulakan jelajah Kembara Kenali Borneo bermula di Sabah dan berakhir di Sarawak dari 3 hingga 13 September depan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|