Jaga kesihatan, fokus kepada urusan amal ibadah Haji semasa di Tanah Suci

Jaga kesihatan, fokus kepada urusan amal ibadah Haji semasa di Tanah Suci

Putatan: Para jemaah haji yang bakal menunaikan ibadah haji di tanah suci diingatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan mereka kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putatan menambah agar mereka sentiasa fokus kepada segala urusan amal ibadah haji sepanjang berada di tanah suci.

“Dalam kesempatan ini, kita sempat berkongsi pengalaman dan juga berpesan agar para jemaah haji akan jaga kesihatan mereka semasa berada di tanah suci.

“Selain memberikan fokus kepada segala urusan amal ibadah haji semasa berada di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Jemaah Haji P.173 Putatan, di Masjid Daerah Putatan, hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 76 jemaah haji daripada kawasan Parlimen Putatan telah menerima sumbangan bagi membantu perbelanjaan mereka sewaktu berada di tanah suci.

“Tujuan kita mengadakan majlis ini adalah untuk memberi ataupun menyampaikan sumbangan kewangan bagi membantu perbelanjaan mereka sewaktu berada di tanah suci nanti.

“Jadi kita mendoakan agar para jemaah haji kita selamat pergi dan kembali,” katanya lagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|