KOTA KINABALU: ADUN Tungku, Assafal P Alian membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan yang mengelirukan mengenai isu Ambalat dalam persidangan DUN Sabah pada 10 Ogos lalu.
Wakil rakyat pembangkang itu berbuat demikian dalam mesyuarat ketiga penggal keempat Sidang DUN Sabah ke-16, hari ini.
“Saya menyedari nasihat dan peringatan saya pada 10 Ogos 2023 semasa menyertai perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Biodiversiti telah mengundang kekeliruan tanpa sokongan fakta bagi menyokong dan nasihat tersebut.
“Saya amat kesal mengenai kekeliruan tersebut dan dengan ini saya kesal dan ikhlas hati menarik balik nasihat peringatan tersebut dan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul atas kenyataan tersebut, ” katanya.
Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya dalam sesi sama berpendapat kenyataan Assafal dibuat tanpa niat untuk mengelirukan dewan.
“Bagaimanapun, saya mengucapkan penghargaan kepada Yang Berhormat Tungku kerana beliau mengakui kesilapan dan menarik balik kenyataan tersebut.
Deasoka