Isu air, jalan raya Nabawan perlu diberi perhatian: Abd Ghani

Isu air, jalan raya Nabawan perlu diberi perhatian: Abd Ghani

KOTA KINABALU: Isu air, jalan raya sebagai laluan utama di Nabawan perlu diberi perhatian dalam mengambil aspek kesan secara langsung pembangunan di daerah berkenaan.

Menurut ADUN Nabawan, Datuk Abd Ghani Mohd Yassin, mengatasi masalah tersebut merupakan kesediaan negeri ini dalam beberapa tahun kedepan susulan pemindahan ibu negara Indonesia iaitu Nusantara, yang berhampiran dengan Nabawan.

“Beralih kepada isu yang menjadi keutamaan kita semua iaitu infrastrukutr dan prasarana. Saya ingin mengupas sedikit mengenai isu ini terutama di kawasan saya sendiri. Apa yang saya harapkan menerusi belanjawan negeri Sabah pada tahun 2024 masalah jalan-jalan bekas pembalakan yang sekian lama menjadi laluan utama penduduk di daerah Nabawan dapat diambil perhatian dan menerima agihan peruntukan oleh kerajaan negeri untuk di selenggara atau dinaik taraf.

“Begitu juga dengan masalah bekalan air bersih juga adalah masalah di daerah Nabawan, masyarakat di kawasan saya inginkan agar pihak kementerian dan agensi kerajaan berwajib mengkaji semula bekalan air di daerah Nabawan kerana isunya, apabila musim tengkujuh atau musim kemarau bekalan air kerap kali akan terputus.

“Lebih-lebih lagi apabila dalam beberapa tahun kedepan ibu kota Indonesia akan berpindah ke Kalimantan yang mana akan memberi kesan langsung kepada kawasan daerah Nabawan yang berhampiran dengan Kalimantan Indonesia. Oleh itu, saya memohon agar kerajaan menambah pembinaan bangunan-bangunan kedai seperti bangunan SEDCO, dan kemudahan prasarana awam yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat ketiga penggal keempat Sidang DUN Sabah ke-16, hari ini.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|