Himpunan Solidariti Untuk Palestin di Sandakan

Himpunan Solidariti Untuk Palestin di Sandakan

Sandakan: Perhimpunan Solidariti Untuk Palestin yang diadakan bagi mengecam kekejaman Rejim Zionis, Israel terhadap Palestin akan dapat menyedarkan generasi muda betapa pentingnya menjaga keamanan dan perpaduan seluruh dunia.

Yang Dipertua, Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Pusat Datuk Sapawi Ahmad menegaskan bahawa perhimpunan seumpama ini penting selain memberi kesedaran namun ia juga sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang dizalimi akibat serangan Rejim Zionis.

Katanya, sebagai menyahut seruan Kerajaan pihak USIA Pusat dengan kerjasama pelbagai agensi agama dan badan-badan NGO Islam di Sabah menganjurkan Himpunan Untuk Palestin yang dihadiri hampir 10,000 orang bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin itu.

“Kesedaran ni harus diberikan kepada orang muda, negara kita yang aman damai ni harus kita jaga bersama kerana di Malaysia juga mempunyai berbagai agama, berbagai kaum, berbagai bahasa budaya.

“Sudah semestinya tanggungjawab generasi muda ini untuk memastikan keamanan yang ada hari ini kita pertahankan supaya tidak berlaku sensitiviti,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita semasa sidang media selepas Program Himpunan Solidariti Untuk Mu Palestin USIA Bahagian Sandakan di Dataran Harbour Mall Sandakan petang Ahad lalu.

Hadir sama Ketua USIA Sandakan, Datuk Alipudin Puyon dan wakil-wakil agensi agama dan badan-badan NGO Islam di daerah Sandakan.

Program berkenaan disertai kira-kira 3,000 peserta.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|