Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah di pejabatnya di Menara Kinabalu.
Hajiji memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

Terdahulu, pada September 2021, Idris telah mengambil alih sebagai ketua Kontinjen Polis Sabah bagi menggantikan Datuk Hazani Ghazali.
Dalam pada itu, turut hadir dalam kunjungan itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.
-Deasoka