Hajiji raikan bakal Haji daerah Tuaran 2023

Hajiji raikan bakal Haji daerah Tuaran 2023

Tuaran: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor meraikan dan menyampaikan sumbangan ikhlas kepada seramai 38 orang bakal haji daerah Tuaran tahun 2023 di Dewan Bangunan Rumah Kebudayaan Bajau Sama, Kampung Lok Batik pada Jumaat.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman menasihatkan bakal jemaah haji agar mengekalkan disiplin dan patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.


“Dalam masa sama jaga juga kesihatan supaya urusan ibadat haji berjalan lancar, ikut tertibnya dan dipermudahkan di sana nanti”, katanya.


Hajiji turut mendoakan agar urusan haji bakal-bakal haji dipermudahkan dan beroleh haji yang mabrur.


-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|