Bicara kes Ebit Lew ditangguhkan ke Mei depan

Bicara kes Ebit Lew ditangguhkan ke Mei depan

Tenom: Perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew ditangguhkan hari ini ke tarikh baharu pada 11 dan 12 Mei depan.

Tarikh itu ditetapkan Majistret Nur Asyraf Zolhani selepas mendengar permohonan pihak pembelaan yang meminta perbicaraan kes itu ditangguhkan ke satu tarikh baharu.

Peguam bela, Ram Singh ketika sesi penghujahan berkata permohonan itu bagi membolehkan pihaknya membuat semakan dokumen berkaitan 90 imej lucah di Mahkamah Tinggi berkaitan pemanggilan Inspektor Yip Chang Ching sebagai saksi ketujuh pendakwaan.

Mahkamah membenarkan Chang Ching memberi keterangan namun menyatakan peguam bela turut mempunyai hak untuk meminta masa munasabah bagi meneliti dokumen terbabit selain memeriksa mana-mana saksi berhubung dengan dokumen itu.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria menyatakan pihak pendakwaan tiada bantahan dan bersetuju dengan keputusan mahkamah.

Pada prosiding sebelum ini, Zahida memberitahu mahkamah bahawa dokumen dalam pemacu kilat mengandungi imej tertuduh dan pengadu yang bersifat seksual selain terdapat 90 imej lucah di dalamnya.

Ebit berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Pendakwaab dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|