Bengkel terbakar, 3 kenderaan musnah

Bengkel terbakar, 3 kenderaan musnah

Kota Kinabalu: Sebuah bengkel kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Pulutan, Jalan Kolonsi, Manggatal, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 10.10 pagi itu, turut menyebabkan lima kenderaan terbakar dengan tiga daripada musnah.

Pasukan bomba bertungkus lumus memadam kebakaran sebuah bengkel di Kampung Pulutan, Jalan Kolonsi, Mangatal.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 10.21 pagi tadi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu bergegas ke lokasi bagi memadam kebakaran.

Kenderaan yang musnah dalam kebakaran bengkel di Kampung Pulutan, Jalan Kolonsi, Mangatal.

“Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati kebakaran membabitkan sebuah bengkel jenis tidak kekal terbakar 100 peratus.

“Turut terbakar lima kenderaan iaitu Proton Iswara, Proton Perdana dan motosikal jenis Honda EX5 yang musnah sepenuhnya. Dua lagi iaitu Perodua Kembara dan Jeep terbakar 30 peratus,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, sebuah kenderaan jenis Suzuki Jimny berjaya diselamatkan daripada terbakar.

“Operasi pemadaman menggunakan dua aliran dan sumber air daripada jentera bomba.

“Tiada mangsa yang terbabit dilaporkan. Api berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 11.16 pagi,” katanya.

Beliau berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|