Bayi lelaki baharu dilahirkan ditinggalkan atas reban ayam

Bayi lelaki baharu dilahirkan ditinggalkan atas reban ayam

Lahad Datu: Seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan ditemui ditinggalkan di atas reban ayam di kawasan Kampung Jawa, Lahad Datu, Sabah tanpa sebarang pakaian awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dr. Rohan Shah Ahmad berkata kejadian berkenaan disedari oleh seorang lelaki warga tempatan yang berumur 51 tahun yang merupakan penduduk kampung berkenaan, semasa melihat ke kawasan reban ayam miliknya pada jam 6.30 pagi.

Selanjutnya, sepasukan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan dan bayi lelaki tersebut yang seberat 3.0 kg telah dibawa ke Hospital Lahad Datu bagi mendapatkan rawatan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara boleh sampai tujuh tahun atau dengan denda atau keduanya.

Pihak polis sedang berusaha mengesan suspek sebenar dalam kejadian ini dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi terus di talian hotline IPD Lahad Datu 089-881255 atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Sophia Thomas Kasau di talian 013-9392505.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|