Banjir: Jumlah mangsa banjir hampiri paras 10,000

Banjir: Jumlah mangsa banjir hampiri paras 10,000

Kota Kinabalu: Setakat jam 4 petang ini, jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin menghampiri paras 10,000, dengan seramai 9,677 mangsa dilaporkan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 3,294 Ketua Isi Rumah (KIR) dari lima daerah yang dilanda banjir.

Menurutnya, antaranya ialah Kota Marudu (7,358 mangsa), Pitas (1,522 mangsa), Paitan (664 mangsa), Tawau (109 mangsa) dan Telupid (24 mangsa).

“Setakat ini, terdapat 33 PPS yang masih beroperasi bagi memberi perlindungan kepada mereka yang terkesan.

“Daripada jumlah itu, terdapat lima PPS yang masih menunjukkan trend meningkat bagi pemindahan mangsa banjir, kesemuanya di daerah Kota Marudu.

“Antaranya ialah PPS Dewan Komuniti, PPS Dewan SK Teritipan, PPS Dewan SRA Damai, PPS Dewan PPR Korongkom dan PPS Dewan Masolog,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|