Beaufort: Sempena sambutan Hari Raya Aidilhada ini, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching telah menyumbangkan sebanyak 24 ekor kerbau.
Dimana dua daripadanya adalah sumbangan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) yang bakal dikorbankan dan diagih-agihkan kepada beberapa buah masjid dan surau di kawasan Parlimen Beaufort.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 12 buah masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Penyu dan 12 buah masjid dan surau di kawasan DUN Klias masing-masing akan menerima sekor kerbau untuk dikorbankan dan diagih-agihkan kepada golongan yang layak menerima.
Majlis penyerahan simbolik telah dilakukan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Beaufort, Ustaz Jaludin Kadir yang mewakili Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort yang ketika ini sedang menerima rawatan perubatan di Kuala Lumpur.
‘Tahun ini, Alhmadulillah Ahli Parlimen Beaufort bermurah hati menyumbangkan sebanyak 24 ekor kerbau untuk majlis korban sempena sambutan aidilhandha tahun ini bagi kawasan Parlimen Beaufort.
“Beliau sebenarnya berbesar hati untuk bersama di majlis ini, namun oleh kerana faktor kesihatan tidak mengizinkan, beliau mewakilkan saya menyampaikan simbolik penyampaian pagi ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan simbolik penyampaian tersebut di pejabat Pusat Khidmat Parlimen Beaufort pagi kemarin.
Menurut Jaludin, sumbang kerbau korban tersebut akan diserahkan kepada Pengerusi Masjid dan Surau sebagai penyelaras yang akan melaksanakan majlis korban dimana peruntukan tambahan sebanyak RM500 juga diberikan sebagai kos penyelanggaran korban.
“Diperingkat perlaksanaan majlis korban ini kita serahkan kepada Pengerusi Masjid dan Surau untuk menyelaraskanya ini, termasuklah agihan daging-daging korban kepada komuniti setempat yang layak menerimanya,” katanya.
Tambah beliau, selain untuk masjid dan surau sumbangan kerbau juga diberikan kepada pasukan beruniform polis dimana Surau Ibu Pejabat Polis daerah turut menerima sekor kerbau untuk majlis korban.
“Kita berharap melalui sumbangan ini sambutan hari raya aidiladha tahun ini akan lebih bermakna dan konsep Malaysia Madani akan dapat diterjemahkan seiring dengan pembentukan kerajaan perpaduan hari ini terhasil dari muafakat dan Kerjasama.
“Di mana semangat ini perlu dibawa dalam kontek pembangunan negara dan sudah tentu ia pemangkin kemajuan negara,” katanya lagi.
-Deasoka