Amaran hujan berterusan peringkat waspada di Sabah hingga 17 Februari

Amaran hujan berterusan peringkat waspada di Sabah hingga 17 Februari

Kota Kinabalu: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di Sabah berkuatkuasa sehingga 17 Februari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, berdasarkan analisis model cuaca, luruan monsun yang berlaku di negara ini dijangka sehingga tarikh berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, ia berpotensi untuk menghasilkan hujan berterusan di timur Sabah.

“Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang dan malam sehingga 17 Februari 2023.

“Manakala, amaran ngin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan dikeluarkan berkuat kuasa bermula 16 sehingga 20 Februari,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Oleh itu, Muhammad Helmi berkata, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial MetMalaysia bagi sebarang perkembangan lanjut.

Tambah beliau, orang ramai turut dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|