Aktiviti pelbagai rancakan semula Labuan: Mohd Rafi

Aktiviti pelbagai rancakan semula Labuan: Mohd Rafi

Labuan : Pihak yang berkaitan perlu merancang dan melaksanakan pelbagai kegiatan untuk mengaktikan semula sekotar pelancong melawat pulau tersebut.

Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan berkata sejak bertahun Labuan sebagai pulau bebas cukai menjadi destinasi pelancongan utama dan menarik ,bagaimana pun aktiviti tersebut mula merundum terutamanya selepas negara dilanda pandemic COViD-19.

“Penganjuran program Merdeka Ride adalah salah satu contoh terbaik dalam menganjurkan acara di peringkat antarabangsa dan ini sekali gus dapat mempromosikan keindahan kawasan tumpuan pelancong khususnya di Labuan”…Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Mohd Rafi Ali Hassan.

“ Kita yakin dan percaya jika ada penganjuran program yang bersekala besar melibatkan penyertaan dari dalam dan luar negara industrI pelancongan di Labuan dapat diaktifkan semula dan ini sudah tentu turut membantu menjana ekonomi masyarakat setempat” katanya ketika ditemui selepas menyertai dan melancarkan program Merdeka Ride baru baru ini.

Program yang mendapat penyertaan lebih dari 150 buah motosikal berkuasa tinggi itu juga turut disertai oleh Kelab motosikal dari negara jiran Pemuda Brunei Darulssalam dimana mereka berkonvoi megelilingi Pulau Labuan sambal mengibarkan jalur gemilang.

Mohd Rafi yang juga Presiden LE Rider Labuan berkata, dengan kemudahan perhubungan yang ada , kedatangan pelancong lebih mudah dan selesa melalui udara dan laut ianya akan mempermudahkan lagi pergerakan keluar masuk pelancong melawat ke pulau ini.

Dalam masa yang sama Mohd Rafi yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, sektor pelancongan boleh dikembangkan dengan menganjurkan acara atau kejohanan sukan peringkat antarabangsa di dalam negara.

“Penganjuran program Merdeka Red adalah salah satu contoh terbaik dalam menganjurkan acara di peringkat antarabangsa dan ini sekali gus dapat mempromosikan keindahan kawasan tumpuan pelancong khususnya di Labuan” katanya.

Katanya melalui aktiviti seperti ini, hotel-hotel berdekatan akan mendapat pelanggan bukan sahaja di musim percutian, manakala restoran dan pusat pelancongan juga akan dikunjung dengan lebih kerap.

Masyarakat tempatan juga akan mendapat tempias yang positif dengan peluang-peluang pendapatan yang dibawa oleh penganjuran acara-acara seperti ini.

Mohd Rafi menambah, seiring dengan perkembangan dunia tanpa sempadan pihak berkaitan juga boleh menggunakan Internet yang dapat diterima oleh sesiapa sahaja di seluruh pelusuk dunia.

“Teknologi yang tiada had ini wajar dimanfaat sebaik oleh pihak berkuasa dan agensi pelancongan untuk mempromosi keunikan dan keindahan yang dimiliki oleh negara kita khususnya di Pulau Labuan” katanya.

Jelas beliau, bagi pihak Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan pula, boleh mengumpulkan produksi kreatif dan agensi pemasaran tempatan yang terbaik untuk menghasilkan kempen pelancongan yang luar biasa dan menangkap hati setiap penonton samada secara domestik ataupun antarabangsa.

“Berkempen melalui media massa dan elektronik merupakan salah satu langkah meningkatkan tahap atau taraf sektor pelancongan,” katanya lagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|