Ziarah MOSWAY santuni kebajikan 40 keluarga di Putatan

Ziarah MOSWAY santuni kebajikan 40 keluarga di Putatan

Putatan: Seramai 40 buah keluarga di Kampung Sailan, Putatan telah menerima bantuan dalam Program Ziarah MOSWAY (miskin, orang kurang upaya, sakit, warga emas, ‘armalah’ dan anak yatim) anjuran Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan.

Penganjuran program itu bertujuan untuk menyantuni golongan MOSWAY di samping memberikan sumbangan keperluan asas harian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah (Dilantik), Dr. Aliakbar Gulasan, turut mengingatkan kepada para hadirin untuk bersama melazimi selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebagai tanda cinta kepada kekasih Allah.

“Sebagai tanda menzahirkan kegembiraan bersempena dengan Maulidur Rasul, kami berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika menghadiri program tersebut, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau berharap agar program seumpama ini dapat membantu meringankan beban masyarakat di sekitar Putatan.

Tambahnya, program ini diharapkan akan diteruskan lagi pada masa akan datang agar dapat membantu lebih ramai lagi yang memerlukan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|