Wanita hilang disambar buaya ketika memancing

Wanita hilang disambar buaya ketika memancing

Kinabatangan: Seorang wanita dilaporkan hilang selepas dipercayai disambar buaya dalam kejadian di Kampung Tanjung Bulat, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.40 petang, mangsa Norsila Sayong, 32, sedang memancing di tebing anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.42 petang.

Katanya, lima anggota bergegas ke lokasi itu sebaik menerima panggilan kecemasan berkenaan.

“Mangsa dilaporkan memancing bersama keluarganya di tebing sungai di kampung berkenaan ketika kejadian.

“Mangsa kemudiannya disambar dan ditarik ke dalam air sebelum dilaporkan hilang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan.

“Sebarang perkembangan semasa akan dimaklumkan,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|