Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi, ditutup

Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi, ditutup

Tenom: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengesahkan Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi, terpaksa ditutup akibat bencana alam.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, penutupan berkenaan dibuat berikutan berlakunya beberapa kejadian tanah runtuh di sepanjang jalan masuk ke stesen janakuasa berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar

Katanya, hujan lebat yang berterusan sejak semalam, mengakibatkan limpahan air dan bongkahan batu besar yang menimbusi jalan masuk dan ‘gate intake’.

“Atas faktor keselamatan, SESB terpaksa menutup operasi stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi.

“Pihak SESB masih memeriksa keadaan stesen janakuasa berkenaan bagi menilai kerosakan yang berlaku akibat bencana berkenaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Mohd Yaakob berkata, pelan tindak kecemasan juga sudah diaktifkan dan semua anggota kerja selamat dipindahkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Kejadian ini tidak menjejaskan bekalan elektrik kepada Sistem Grid Sabah,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|