SJR dilancarkan di seluruh negara

SJR dilancarkan di seluruh negara

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi-lokasi strategik, di seluruh negara bermula hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acyrl Sani Abdullah Sani berkata, penugasan SJR di setiap daerah berkenaan akan dijalankan secara 24 jam.

Katanya, langkah mendirikan SJR itu adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah menerusi peningkatan tahap Omnipresence bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

“Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak atau siang hari.

“Orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR terutamanya di luar waktu puncak,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Acryl berkata, dengan perlaksanaan SJR ini, masyarakat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

“PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|