Sabah terima RM152 juta dividen GLC, badan berkanun

Sabah terima RM152 juta dividen GLC, badan berkanun

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri menerima sejumlah RM152,037,264.26 dividen bagi tahun kewangan 2021 daripada 17 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah dan lima badan berkanun.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima dividen itu daripada GLC dan badan berkanun masing-masing di Bilik Danum, bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Hajiji menerima dividen RM15 juta daripada Qhazanah Sabah.

“GLC negeri yang membayar dividen itu ialah Petronas Dagangan Berhad (RM200,000), Suria Capital Holdings Berhad (RM86,400), Keningau Agro-Venture Sdn Bhd (RM1million), FGV Holdings Bhd (RM 5,272,511.52), Sabah Electricity Sdn Bhd (RM 17,242,984.13).

“Selain itu, ialah Petronas Dagangan Berhad (RM260,000), Progressive Insurance Berhad (RM6,183,770), Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (RM9 juta), Suria Capital Holdings Berhad (RM144,000), Sawit Kinabalu Sdn Bhd (RM 41,796,000), Borneo Development Corporation Sdn Bhd (RM174,897.61).

“Turut membayar dividen itu ialah Kota Kinabalu Industrial Park (RM10 juta), Innoprise Corporation Sdn Bhd (RM2.608 juta), Desa Group Sdn Bhd (RM2 juta), Qhazanah Sabah Berhad (RM15 juta), Sabah Credit Corporation (RM17 juta) dan Sabah Development Berhad (RM20 juta).

“Manakala, badan berkanun yang membayar dividen ialah Lembaga Industri Getah Sabah (RM1.317 juta), Koperasi Pembangunan Luar Bandar (RM1 juta), Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (RM1 juta), Safoda (RM70,000) dan Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (RM681,365),” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai dan Setiausaha Tetap Kewangan, Datuk Sofian Nair.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|