PRU15: KDM umum tanding di Kimanis, Sepanggar

PRU15: KDM umum tanding di Kimanis, Sepanggar

Kota Kinabalu: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) hari ini mengumumkan dua lagi calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden KDM, Datuk Peter Anthony berkata, calon terbabit ialah di kerusi Parlimen Sepanggar dan Kimanis.

Amat Md Yusof

“Bagi Parlimen Kimanis kita putuskan untuk mencalonkan Amat Md Yusof, 62, yang merupakan seorang mantan kakitangan kerajaan dan sekarang telah menjadi seorang usahawan yang berjaya.

“Kita berharap pencalonan beliau ini akan merubah kawasan Kimanis untuk kawasan DUN Membakut dan juga Bongawan, kerana kita sememangnya memerlukan pemimpin-pemimpin yang berkaliber dan memiliki wawasan yang jauh.

Jumardie Lukman

“Sementara itu, di peringkat parti kita telah memutuskan bahawa Jumardie Lukman, 40, adalah calon yang akan bertanding di Parlimen Sepanggar,” katanya pada sidang media di Pejabat Parti KDM, di Kepayan Point, hari ini.

Beliau berkata, pengumuman itu sekali gus menjadijan empat calon parti KDM bertanding pada PRU15.

Sebelum ini, beliau telah mengumumkan dua orang calon, iaitu Datuk Seri Winston Liaw Kit Siong yang bertanding di Parlimen Kota Kinabalu dan Datuk Wetrom Bahanda di Kota Marudu.

“Calon-calon yang lain kita akan umumkan sebelum penamaan calon pada 5 November depan, tetapi pada Sabtu (29 Oktober) ini, akan ada pengumuman lagi.. mungkin dua atau tiga calon yg kita akan umumkan.

“Sesungguhnya memang ramai yang ingin bersama-sama dengan parti KDM, kemungkinan disebabkan mereka tertarik dari segi perjuangan atau ketrampilan parti yang begitu serius dalam membuat perubahan, terutama di peringkat dasar Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya jika ia merupakan gambaran bahawa KDM bakal bertanding di kesemua 25 kerusi Parlimen, beliau berkata ia masih dalam pertimbangan dan akan diputuskan dalam masa terdekat.

“Kita ada terima permohonan daripada kawasan pedalaman, Tawau, Sandakan, dan beberapa tempat yang ada memohon kepada kita.

“Bagaimanapun, kita belum memutuskan untuk menolak tetapi kita akan lihat, kita akan pertimbang sebaik-baiknya sama ada kita benarkan mereka menggunakan logo KDM atau sebaliknya.

Terdahulu, Peter memaklumkan bahawa KDM akan bergerak solo pada PRU15 yang akan diadakan pada 19 November depan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|