PPM rampas minyak masak peket, disyaki cuba diseludup

PPM rampas minyak masak peket, disyaki cuba diseludup

Tawau: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 255 kilogram minyak masak bersubsidi yang ditinggalkan di kawasan bangunan CIQ Lama, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, anggota Unit Risik Marin (URM) PPM Tawau yang menjalankan tugas Op Gelora Khas/Op Kontraban membuat rondaan dan pemantauan di kawasan CIQ Lama.

Anggota PPM Tawau menunjukkan minyak masak peket yang dirampas.

Hasil pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan menemui beberapa kotak yang diletakkan di salah satu ruangan di bangunan CIQ Lama.

Pemeriksaan lanjut, menemui 15 kotak yang berisi minyak masak peket dan tiada individu yang tampil mengaku milik barangan berkenaan.

Dipercayai kotak berisi minyak masak peket bernilai hampir RM2,000 itu cuba diseludup ke negara jiran.

Semua barangan berkenaan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan selanjutnya.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Assisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan rampasan barangan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|