Polis tahan 17 lelaki merusuh di Sandakan

Polis tahan 17 lelaki merusuh di Sandakan

Sandakan: Tindakan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan sebuah premis pusat hiburan di Bandar Utama Batu 6, di sini, pada Sabtu lalu membawa padah apabila ditahan polis semalam.

Semua individu berusia antara 19 hingga 40 tahun itu ditahan selepas video mengenai pergaduhan itu tular di media sosial sejak Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, terkesan dengan video yang tular, sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan bertindak menahan individu dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku pada jam 11.30 malam Sabtu di hadapan sebuah pusat hiburan.

“Semua individu berkenaan masih ditahan reman untuk membantu siasatan dan punca pergaduhan masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sebelum itu, tular dua video masing-masing berdurasi 20 dan 26 saat memaparkan aksi pergaduhan sekumpulan lelaki di hadapan sebuah premis di daerah ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|