Operasi pemadaman kebakaran rumah di Kampung Kurnia Jaya masih berjalan

Operasi pemadaman kebakaran rumah di Kampung Kurnia Jaya masih berjalan

Tawau: Pasukan Bomba dan Penyelamat masih menjalankan operasi pemadaman kebakaran rumah di Kampung Kurnia Jaya, Jalan Apas, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.45 petang.

Keadaan kebakaran rumah di Kampung Kurnia Jaya, Jalan Apas, Tawau.

Katanya, seramai 23 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau menjalankan operasi pemadaman kebakaran berkenaan.

“Pasukan BBP Semporna turut membantu dalam operasi pemadaman kebakaran berkenaan dan operasi memadam masih dijalankan sehingga kini.

“Setakat ini tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya menerusi kenyataan media, sebentar tadi.

Tambahnya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|