Naib Canselor baharu UMS adakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri

Naib Canselor baharu UMS adakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri

Kota Kinabalu: Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr Kasim Mansor semalam mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di pejabatnya, di Menara Kinabalu.

Ia adalah kunjungan sulung beliau selepas dilantik sebagai Naib Canselor ketujuh pada 3 Oktober lalu.

Kasim mengadakan kunjungan hormat selaku Naib Canselor baharu UMS terhadap Hajiji di Menara Kinabalu.

Antara yang dibincangkan termasuklah kesediaan UMS dalam membantu Kerajaan Negeri untuk menjayakan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Menurut Kasim, pihak universiti juga sentiasa bersedia untuk menyumbang dari segi kepakaran, penyelidikan dan buah fikiran untuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Pada kunjungan itu, beliau turut memberi taklimat ringkas berkaitan aktiviti dan sesi kemasukan pelajar baharu 2022/2023 yang kini sedang menjalani Minggu Suai Mesra di UMS.

Turut serta dalam rombongan kunjungan hormat itu ialah pengawai-pegawai utama dan kanan UMS.

Untuk rekod, Hajiji dijadualkan untuk bersama pelajar-pelajar baharu UMS dalam Majlis Ikrar dan Aku Janji yang akan berlangsung di Dewan Canselor pada Jumaat (14 Oktober).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|