Lelaki ditemui tidak sedarkan diri dalam lori diselamatkan

Lelaki ditemui tidak sedarkan diri dalam lori diselamatkan

Kota Kinabalu: Seorang pemandu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam lori di Inanam Taipan, di sini, sebelum berjaya diselamatkan, petang tadi.

Difahamkan, lori berkenaan parkir di bahu jalan berhampiran sebuah premis makanan segera dalam keadaan enjin masih hidup.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.25 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati seorang lelaki berusia 41 tahun dalam keadaan separa sedar di dalam kenderaan berkenaan.

“Pasukan bomba bertindak membuka pintu lori menggunakan ‘rescue tools’ dan mendapati mangsa dalam keadaan separa sedar.

“Mangsa kemudian dikeluarkan dengan selamat dan diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Operasi tamat sepenuhnya pada 5 petang,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|