Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut

Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut

Kota Kinabalu: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke laut di Jambatan Yayasan Sabah, berhampiran bangunan Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa gagal ditemui dan gerakan mencari sedang giat dijalankan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.34 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas di kawasan muara Sungai Likas, Kota Kinabalu.

“PGO Sabah menerima panggilan kecemasan melalui MERS 999 selepas mangsa dipercayai terjatuh di muara sungai.

“Ketika ini, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu hadir ke lokasi untuk membantu mencari mangsa yang masih hilang,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|