Kapal tiba lewat punca bekalan gula kurang

Kapal tiba lewat punca bekalan gula kurang

Putatan: Kekurangan bekalan gula yang berlaku sejak minggu lalu di negeri ini berpunca daripada kelewatan kapal dari Semenanjung yang membawa produk berkenaan untuk diedarkan di Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pihaknya sudah mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan berhubung isu berkenaan.

“Saya memang sedar bahawa minggu lalu dan minggu ini mengalami kekurangan gula di Sabah dan saya telah pun berhubung dengan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Shahelmey menyampaikan sumbangan lembu korban sempena Aidiladha kepada wakil agensi keselamatan di Putatan.

“Dimaklumkan antara puncanya adalah disebabkan gula yang datang dari Semenanjung untuk dihantar ke Sabah mengalami isu perkapalan. Jadi sebab itulah bekalan gula putih mengalami sedikit gangguan, namun sepatutnya bekalan gula sudah pulih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai bekalan gula yang sukar diperoleh ketika ini.

Tinjauan mendapati hampir semua premis di sekitar Kota Kinabalu, Putatan dan beberapa daerah lain tiada bekalan gula sejak minggu lalu.

Sebelum itu, beliau menyempurnakan majlis penyerahan lembu korban sumbangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat di pekarangan Majlis Daerah Putatan, di sini, semalam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|