JPKA cari waris kanak-kanak

JPKA cari waris kanak-kanak

Sandakan: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sandakan memohon bantuan orang ramai untuk mengesan keluarga atau waris seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun yang ditinggalkan ibu kandungnya kepada seorang wanita di rumahnya di Kampung Air, di sini pada 2019.

Pelindung Kanak-Kanak Bahagian Sandakan, Nurhafiza Abdul Rahman, berkata JPKA Bahagian Sandakan menjalankan siasatan untuk mengesan keluarga atau waris kanak-kanak yang dikenali sebagai Muhammad Fathi Farhan yang dilahirkan pada 12 Jun 2019, ditinggalkan oleh ibunya ketika berusia dua bulan kepada Nir Atma Kijal.

“Ibu kandung kanak-kanak itu yang bernama Noor Asiah, berbangsa Sungai yang menetap di Kampung Karamunting tidak dapat dihubungi sehingga hari ini,” katanya.

Katanya, penjaga kanak-kanak berkenaan telah membuat laporan polis pada 18 Mei 2022 berhubung kes ini.

“JPKA sedang menjalankan siasatan dan kes ini sedang diambil tindakan di bawah Seksyen 17(1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016),” katanya.

Sehubungan itu, keluarga atau waris kanak-kanak berkenaan atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai ibu kandung atau waris diminta tampil menghubungi Pelindung Bahagian Sandakan, Nurhafiza ditalian 089-668494 atau 089-667821, membantu siasatan bagi memudahkan segala urusan berkaitan kanak-kanak itu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|