Hajiji terima kunjungan hormat Timbalan Menteri dari Sabah

Hajiji terima kunjungan hormat Timbalan Menteri dari Sabah

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada dua Timbalan Menteri Persekutuan dari Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Mereka ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

Kedua-dua menteri berkenaan memberi taklimat kepada Hajiji mengenai program yang akan dilaksanakan mereka dan kementerian masing-masing dalam membantu pembangunan negeri Sabah.

Hajiji yang mengalu-alukan pelantikan Mustapha dan Chan, yakin kedua-dua pemimpin itu mampu membawa lebih banyak pembangunan kepada rakyat dan negeri ini mengikut kementerian masing-masing, termasuk melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Persekutuan.

Untuk rekod, ini merupakan kunjungan hormat pertama mereka kepada Hajiji selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam Kerajaan Perpaduan d ibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|