Hajiji bertemu pemimpin DAP

Hajiji bertemu pemimpin DAP

Kuala Lumpur: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook.

Pertemuan yang diadakan di ibu negara itu turut disertai Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Pusat, Chan Foong Hin.

Pelbagai perkara yang dibincangkan dalam pertemuan antara Hajiji dan pemimpin DAP yang telah diadakan di ibu negara hari ini.

Pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk komitmen kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Dr Roland Chia.

Semalam, Foong Hin turut menyertai rombongan Ketua Menteri yang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|