Covid-19 Sabah: Jangkitan kes bawah 200, terendah sejak Januari

Covid-19 Sabah: Jangkitan kes bawah 200, terendah sejak Januari

Kota Kinabalu: Sabah mencatat jangkitan baharu terendah sejak Januari lalu dengan 194 kes hari ini, membabitkan penurunan sebanyak 51 kes berbanding 245 kes semalam.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata hanya lima daerah mencatat kes dua angka iaitu Kota Kinabalu (55 kes), Tuaran (26 kes), Papar (18 kes), Sandakan (11 kes) dan Tawau (10 kes).

Katanya, sebanyak 18 daerah lagi mencatat kes baharu satu angka manakala empat daerah iaitu Semporna, Nabawan, Tongod dan Kalabakan tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu hari ini.

“Daerah Kota Kinabalu merekodkan penurunan terbanyak iaitu 42 kes menjadikan hanya 55 kes jangkitan baharu hari ini.

“Jumlah kes baharu yang lebih rendah di Kota Kinabalu antara faktor utama yang menyumbang kepada jumlah kes yang lebih rendah di Sabah hari ini,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Masidi berkata, seramai 187 orang atau 96.39 peratus daripada 194 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2, diikuti masing-masing tiga orang berada dalam Kategori 3 dan Kategori 4, manakala hanya seorang pesakit dalam Kategori 5.

Sementara itu, katanya tiga lagi kluster diisytiharkan tamat hari ini, iaitu Kluster Pengkalan Abai (Kota Belud), Kluster Jalan Beluran Lama (Beluran) dan Kluster Batu Enam (Kota Belud), menjadikan hanya empat kluster yang masih aktif di Sabah ketika ini.

Statistik Covid-19 Sabah mengikut daerah:

Covid Update 28 Mac 2022
Sabah 194 (245)

Kota Kinabalu 55 (97)
Tuaran 26 (17)
Papar 18 (21)
Sandakan 11 (12)
Tawau 10 (16)
Penampang 9 (13)
Putatan 9 (9)
Beaufort 8 (2)
Tambunan 5 (2)
Kota Marudu 5 (6)
Keningau 5 (6)
Kuala Penyu 4 (7)
Telupid 4 (0)
Kota Belud 4 (2)
Ranau 3 (6)
Kinabatangan 3 (4)
Kunak 3 (0)
Pitas 3 (3)
Tenom 3 (5)
Beluran 2 (6)
Lahad Datu 2 (1)
Sipitang 1 (3)
Kudat 1 (7)
Semporna 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Tongod 0 (0)
Kalabakan 0 (0)

Angka dalam kurungan adalah jumlah kes 27 Mac 2022

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|