Sandakan: Cubaan menyeludup keluar 170 paket minyak masak bersubsidi ke negara jiran berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam Operasi Gelora di kawasan Sungai Batu Putih, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 5.50 pagi itu, bot ronda PPM Sandakan mengesan sebuah bot laju mencurigakan di kawasan sungai berkenaan.

Bot ronda PPM kemudian menghampiri untuk tujuan pemeriksaan namun juragan bot bertindak memecut lajut bot sebelum dikejar oleh bot ronda PPM.
Bot berkenaan berjaya ditahan dalam keadaan terbalik dan juragan melarikan diri ke dalam hutan bakau berhampiran tanpa dikesan.
Pemeriksaan ke atas bot itu menemui beberapa guni berisi sejumlah bungkusan minyak masak dianggarkan sebanyak 170 paket yang disyaki cuba diseleweng bagi tujuan penyeludupan ke negara jiran.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan disiasat mengikut Akta Kastam 1961.
-Deasoka