130 pasukan sertai Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS 2022

130 pasukan sertai Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS 2022

Kota Kinabalu: Lebih 130 pasukan menyertai Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) 2022 di Teluk Likas pagi tadi.

Perlumbaan kali ketujuh selepas dua tahun ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19 itu disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hajiji menyerahkan replika cek sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM250,000 kepada TC Goh.

Selain dari Sabah, peserta perlumbaan turut datang diri Sarawak, Semenanjung dan Filipina.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri turut menyampaikan sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM250,000 kepada FCAS.

Hajiji memalu gong ketika merasmikan Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa FCAS Sabah 2022 di Teluk Likas, Kota Kinabalu.

Beliau juga menyampaikan hadiah kepada pemenang perlumbaan itu.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Joniston Bangkuai.

Antara peserta dan pemenang Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) 2022

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Isnin Aliasnih; Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, Hendrus Anding,; Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Huang Shi Fang; Presiden FCAS, Tan Sri T.C.Goh dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|