Yahya Hussin dilantik YDP MUIS

Yahya Hussin dilantik YDP MUIS

Kota Kinabalu: Mantan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin dilantik sebagai Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) yang baharu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan watikah pelantikan
kepada Yahya di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.

Yahya, 71, merupakan mantan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas.

Hajiji (tengah) bergambar bersama Yahya (tiga dari kiri), Malai Ali (tiga dari kanan), Ag Syairin (kanan), Mohd Arifin (dua dari kanan) dan Safar (dua dari kiri). (Gambar ihsan unit media JKM Sabah)

Beliau menggantikan Datuk Seri Dr Hasbullah Mohd.Taha.

Sementara pendakwah bebas dan mantan pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Ustaz Malai Ali Malai Ahmad, 57 dilantik sebagai Timbalan YDP MUIS, menggantikan Datuk Matussin Awang Damit.

Hajiji turut menyerahkan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Perbadanan Baitulmal
Negeri Sabah yang baharu kepada Ustaz Ag Syairin Ag Bakar, 60.

Ag Syairin merupakan mantan pegawai kanan MUIS dan JHEAINS, menggantikan Abdul Rahman Md Yacob.

Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif,
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Tugas-Tugas Khas, Sapdin Ibrahim.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|