Struktur UMNO masih kuat – Bung Moktar

Struktur UMNO masih kuat – Bung Moktar

Pitas: UMNO tidak menghadapi kesukaran untuk memperkukuhkan jentera parti sekiranya semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata UMNO adalah sebuah parti yang lengkap strukturnya dari peringkat atasan, bahagian sehingga ke peringkat cawangan.

“Jika semua jentera cawangan, Wanita Pemudi, Puteri dan bahagian berfungsi dan dapat melaksanakan tanggunjawab serta peranan masing-masing parti pesti kukuh khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang untuk mencapai kemenenagan,” katanya.

Beliau berkata demikan pada majlis perasmian mesyuarat cawangan berkelompok bagi cawangan-cawangan UMNO di Zon pitas yang merangkuni dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pitas Dan Bengkoka, semalam.

Mesyuarat itu dirasmikan Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Yang turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Sabah Datuk Yakub Khan; Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin; Ketua UMNO Kudat, Akram Ismail dan Pengerusi Penyelaras UMNO Pitas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengkoka, Harun Durabi.

Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata struktur yang sedia ada perlu berfungsi dalam mengatur gerak kerja dan mendekati ahli akar umbi serta pengundi selain membantu masyarakat yang memerlukan.

“Kegiatan UMNO di semua peringkat cawangan, Wanita, Pemuda Puteri dan bahagian bukan berkala tapi perlu sentiasa berjalan bagi membuktikan kita bukan parti bermusim,” katanya.

Katanya, UMNO sudah diuji pada PRU lalu apabila gagal mempertahankan kerajaaan dan peritnya menjadi pembangkang.

“Perkara ini seharusanya memberikan keinsafan kepada semua pemimpin UMNO untuk istiqamah dan meperbaiki kelalaian masa lampau,” katanya.

Bung Moktar berkata UMNO Sabah sebelum ini dianggap sudah terkubur dan tidak relevan namun dengan semangat juang tinggi ahli di peringkat akar umbi membuktikan tiada satu cawangan atau bahagian di Sabah yang dibubarkan selepas PRU ke-14.

Sehubungan itu, Bung Moktar mahu mesyuarat cawsngan kali ini dijadikan sebagai platfrom permaufakatan di samping mengatur strategi untuk menghadapi PRU ke-15.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|