Sebahagian besar SOP PKP Sabah kekal: Hajiji

Sebahagian besar SOP PKP Sabah kekal: Hajiji

Kota Kinabalu: Sebahagian besar Standard Operasi Prosedur (SOP) di negeri Sabah PKP 3.0 akan dikekalkan bersempena pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1 mulai esok.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor (gambar) berkata, beberapa aktiviti sosial dan ekonomi bagaimanapun dibenarkan beroperasi.

“Ini di antaranya adalah Dine-In di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel, gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buahbuahan di tepi jalan raya dan kedai gunting rambut.

“Bagi aktiviti rekreasi dan sukan tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal adalah dibenarkan.

“Manakala aktiviti pembuatan dan perkilangan diperluaskan kepada getah, simen dan cat; kilang berasaskan kayu dan perabot,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Menteri Sabah, pagi ini.

Tambah beliau, perincian SOP-SOP berhubung pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara – Fasa 1 di Sabah akan diumumkan dalam tempoh terdekat ini.


-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|