PM mahu hidupkan semula dasar membandarkan luar bandar

PM mahu hidupkan semula dasar membandarkan luar bandar

Kinabatangan: Perdana Menteri berkata dasar membandarkan luar bandar yang pernah dilaksanakan sebelum ini akan diaktifkan semula.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dasar itu dilaksanakannya ketika memegang jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum ini.

Jelasnya, dasar itu perlu dilaksanakan semula dengan mengambil kira situasi semasa dalam negara ketika ini.

“Dulu orang luar bandar berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan tetapi kali ini kita mahu penghijrahan bertukar dari bandar ke luar bandar pula dan saya pernah laksanakannya sebelum ini.

“Kalau kita mewujudkan pekerjaan di luar bandar, mereka akan balik ke kawasan luar bandar,” Katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur, di sini, hari ini.

Ismail berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dengan kementerian yang berkaitan dan meminta agar dasar terbabit dilaksanakan semula.

“Sekarang ni saya akan bincang balik dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar supaya dasar saya tu dikembalikan,” katanya.

Ismail Sabri yang dalam rangka lawatan ke Sandakan dan Kinabatangan bermula malam tadi melancarkan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur bagi laluan Kinabatangan – Sandakan – Beluran – Telupid di Dataran Tamu pekan Kota Kinabatangan, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|