Beaufort: Akibat gagal mendapatkan wang, seorang lelaki bukan sahaja mengamuk merosakan barang, namun turut menikam kepala adiknya mengggunakan gunting dalam kejadian di Kampung Pintas, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, lelaki terbabit yang berusia 31 tahun dikatakan mengamuk selepas gagal mendapatkan wang yang diminta daripada ibunya disyaki