Tawau: Polis menahan tiga wanita dan merampas 1.18 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM36,000 ketika menjalankan Ops Tapis di kawasan Bandar Sabindo, di sini, Isnin lalu. Tiga wanita termasuk seorang warga Filipina berusia 28, 35 dan 44 tahun ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah