Kota Kinabalu: Semua ketua jabatan dan agensi berkaitan akan dikenakan tindakan tegas sekiranya didapati menyebabkan kelewatan pelaksanaan projek pembangunan yang sudah diwartakan kepada rakyat Sabah. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mereka tidak lagi boleh memberi alasan tidak dapat menjalankan tugas hanya kerana perlu bekerja dari rumah disebabkan Covid-19.