
Caption Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan cendera kenangan kepada Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, Negeri Sabah, Elmariah Chung sempena kunjungan hormat di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, Kota Kinabalu, pada Isnin.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah, Elmariah Chung dan rombongannya di Sri Gaya, di sini pada Isnin.
Elmariah, yang berasal dari Kitabu, Kudat, menerajui agensi iitu pada awal bulan Januari.Beliau sebelum ini adalah Pengarah AADK di Pulau Pinang.
Dalam kunjungan hormat itu, turut dikongsikan isu-isu semasa ancaman dadah dan strategi AADK negeri dalam menangani permasalahan dadah di Sabah dengan lebih
berkesan.
Yang turut hadir Penolong Pengarah (Pencegahan), Dayang Siti Rohani Sedan dan Penolong Pengarah Pengurusan & Keselamatan PUSPEN Papar, Mohd Noor Fahmi Tajudin.
Deasoka