Lelaki maut dalam kemalangan di Tuaran

Lelaki maut dalam kemalangan di Tuaran

TUARAN : Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jambatan Batangan Jalan CKS Tuaran di sini pagi tadi.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.44 pagi tadi mendapati mangsa tersepit dalam Perodua Viva kemudiannya berjaya dikeluarkan pasukan Bomba.

Katanya, mangsa berumur 30 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan manakala pemandu Toyota Hilux Vigo berumur 48 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa yang meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohamad Nor berkata, selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di tempat kejadian, operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 7.30 pagi tadi.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|