Kolobrasi UT Indonesia, UMB Jakarta dan UMS pacu program PkM di Sabah

Kolobrasi UT Indonesia, UMB Jakarta dan UMS pacu program PkM di Sabah

KOTA KINABALU: Universiti Terbuka (UT) Indonesia dengan kerjasama Universiti Mercu Buana (UMB) Jakarta dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berjaya dalam penganjuran menganjurkan Program Pengabdian kepada Masyarakat (PkM) Antarabangsa baru-baru ini.

Diadakan pada 12 hingga 14 Jun lalu bertempat di Pusat Pembelajaran Komuniti (CLC) FGV Sabahat, Lahad Datu itu, antara lain bertujuan meningkatkan mutu latihan dan penumpuan fokus akademik melalui program-program dianjurkan.

Pembukaan PkM Antara bangsa 2024 ini diwakili oleh Anto Hidayat, S.IP., M.Si., Timbalan Dekan Bidang Kemahasiswaan, Perkhidmatan Pembelajaran, dan Kerjasama di Fakulti Sains Sosial dan Politik (FHISIP) UT.

Sudut “Pojok Baca” yang mengandungi buku-buku serta kemudahan membaca untuk membantu pelajar dan guru memperdalam pemahaman mereka tentang pencegahan keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita.

Aktiviti yang bertajuk “Empowering Teachers on the Indonesia-Malaysia Border as Volunteers to Prevent Violence Against Children and Women” melibatkan UT, UMS, dan UMB dalam memberikan latihan kepada guru di CLC Lahad Datu.

Peserta terdiri daripada warganegara Malaysia, Warganegara Indonesia (WNI) dan Warganegara Asing (WNA), dengan tujuan meningkatkan kecekapan guru khususnya dalam mencegah keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita.

Menurut Pengerusi program PkM dari UT, Erna Risnawati (M.Si), beliau dan pasukkannya yang terdiri daripada Dr. Mani Festati Broto, M.Ed., Siti Utami Dewi Ningrum, S.S., M.A., serta Muktia Pramitasari, M.Pd., menyampaikan ceramah psikoedukasi mengenai pencegahan keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita menerusi program berkenaan.

Sementara itu, terdapat juga diskusi dan pencerapan pertama terhadap pencegahan keganasan yang dialami oleh kanak-kanak dan wanita yang disampaikan oleh Dr. Jupri Bin Bacotang dan Dr. Irma Aliyah, M.Psi., Psikolog dari UMS dan UMB.

“Dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh daripada program ini, diharapkan para guru dapat menjadi agen perubahan yang mampu secara proaktif mencegah dan mengendalikan keganasan dalam komuniti mereka.

“Tambahan pula, disediakan “Pojok Baca” yang mengandungi buku-buku serta kemudahan membaca untuk membantu pelajar dan guru memperdalam pemahaman mereka tentang pencegahan keganasan terhadap kanak-kanak dan wanita.

“Universiti Terbuka juga menyediakan Media Pembelajaran berupa Android TV kepada CLC FGV Sahabat, bertujuan untuk memperlancar proses pembelajaran kepada kanak-kanak tentang cara menjaga diri dari bentuk keganasan yang mungkin berlaku,” katanya.

Untuk rekod, Program ini disokong oleh Dana Kekal Perguruan Tinggi (DAPT) melalui Program EQUITY dari kerajaan Republik Indonesia (RI).

“Harapan dari pelaksanaan program ini adalah terciptanya hubungan yang lebih rapat antara masyarakat sempadan Indonesia-Malaysia dengan institusi pendidikan, serta terwujudnya komuniti yang lebih kuat dan mandiri.

“Program ini juga diharapkan dapat memberikan impak positif yang berterusan dalam bidang pendidikan, ekonomi, serta perlindungan sosial, supaya masyarakat dapat merasakan manfaatnya dalam jangka panjang,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|