Kilang kedua Kibing Group raih pelaburan RM7.3 bilion di Sabah

Kilang kedua Kibing Group raih pelaburan RM7.3 bilion di Sabah

KOTA KINABALU: Negeri Sabah bakal menerima impak positif dengan pelaburan bernilai RM7.3 bilion ke negeri ini.

Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian Dan Keusahawanan telah menandatangani Memorendum Persefahaman dengan anak syarikat Kumpulan Kibing, Sbh Kibing New Solar Energy (M) SDN BHD untuk mengembangkan lagi pelaburan syarikat itu di Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelaburan fasa dua itu akan membuka peluang pekerjaan kepada lebih kurang 5,000 anak tempatan.

“Kibing Group akan menambah lagi pelaburan mereka fasa ke 2 yg bernilai RM7.3bilion, jadi dalam pelaburan ini ianya akn memberi peluang kepada lebih kurang 5,000 orang peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah.

“Kerajaan negeri amat mengalu-alukan pelaburan yang begitu banyak dan membawa teknologi utk anak-anak Sabah di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) Bagi Pelaburan Baharu Syarikat Kumpulan Kiting di SBH Kibing Solar Glass Factory, di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), hari ini.

Untuk rekod, pelaburan berkenaan adalah bagi kilang kedua tersebut yang akan dibina di daerah Kimanis dengan keluasan sekitar 400 hektar.

Kumpulan Kibing sebelum ini telah melabur RM3 bilion dalam kilang pemprosesan pasir silika dan kilang pembuatan kaca solar yang memberikan 1,800 peluang pekerjaan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).
Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|