Isu tuduhan seleweng dana air UMS, KPT arah lapor polis

Isu tuduhan seleweng dana air UMS, KPT arah lapor polis

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Mustapha Sakmud, menggesa supaya Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuat laporan polis sekiranya tuduhan jahat yang cuba mengaitkan universiti awam itu dengan penyelewengan dana RM5 juta.

Jelas beliau, dana yang diperolehi oleh UMS masing-masing daripada Pejabat Perdana Menteri dan KPT itu adalah bagi menyelesaikan masalah air di kampus itu telah digunakan dengan sebaiknya dan tiada unsur penyelewengan.

Menurutnya, peruntukkan RM3 juta yang daripada Pejabat Perdana Menteri dan RM2 juta daripada KPT itu telah diguna sebaiknya untuk membina telaga tiub di UMS, 1 juta liter sehari yang menjadi alternatif tambahan kepada sumber air daripada Jabatan Air Negeri Sabah.

“Jadi tidak ada unsur-unsur penyelewengan. Jadi, saya harap jika ada lagi mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan isu ini, saya akan gesa UMS supaya membuat laporan polis”, ujar Mustapha ketika ditemui media selepas merasmikan Forum Belia Madani di UMS pada Sabtu.

Pada masa sama, Mustapha turut mengalu-alukan penglibatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap isu berkenaan bagi membersihkan imej UMS dan KPT yang cuba dicemari oleh pihak tertentu atas kepentingan politik.

“Saya tidak mahu imej kementerian, dan UMS tercemar oleh mana-mana pihak yang cuba memperalatkan isu ini untuk kepentingan organisasi ataupun politik masing-masing,” tegasnya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|