Hajiji serah 157 ekor lembu korban di Tuaran, Tamparuli

Hajiji serah 157 ekor lembu korban di Tuaran, Tamparuli

TUARAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menyerahkan sumbangan 157 ekor lembu korban sebagai agihan kepada masjid-masjid, surau, jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di sekitar Tuaran dan Tamparuli bersempena perayaan Hari Raya Aidiladha yang kunjung tiba.

Pengagihan berkenaan diadakan di Pusat Kebudayaan Bajau Sama, Lok Batik hari ini dengan seramai 67 wakil daripada masjid dan surau, 18 wakil jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, pihak pasukan keselamatan dan 17 wakil NGO sebagai penerima agihan.

Antara penerima lain yang turut menerima agihan lembu korban berkenaan adalah Sawit Kinabalu dan Sabah Energy Corporation.

Aidiladha atau Hari Raya Haji tahun ini bakal diraikan pada Isnin hadapan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|