Tun Juhar, Hajiji sambut keberangkatan tiba Agong

Tun Juhar, Hajiji sambut keberangkatan tiba Agong

Tawau: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama Isteri Datin Seri Juliah Salag menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Lapangan Terbang Tawau pada Ahad.

Turut menyambut keberangkatan tiba Al-Sultan dan rombongan ialah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M. Jasni, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Kadzim M.Yahya, Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya, Setiausaha Kerajaan, Datuk Seri Safar Untong, Menteri-Menteri Kabinet Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Program Jelajah ‘Kembara Kenali Borneo’ Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akan bermula dari Tawau pada 3 September dan akan berakhir di Teluk Melano, Sarawak pada 13 September 2023 dengan melibatkan perjalanan sejauh 2,154 kilometer.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|