
Caption Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (dua kanan) bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick (kiri) ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra dan Rumah Terbuka Krismas 2023 di Dewan Pusat Kebudayaan Penampang pada Selasa.
PENAMPANG: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag, menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Rumah Terbuka Krismas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, yang juga Ahli Parlimen Penampang, di Dewan Pusat Kebudayaan Penampang, di Penampang, pada Selasa.
Majlis itu turut dihadiri Tuan Yang Terutama Tun Juhar Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah dan isterinya, Toh Puan Norlidah R.M.Jasni.
Deasoka