
Kota Kinabalu: Kumpulan Yayasan Sabah, hari ini melancarkan uniform atau pakaian seragam baharu pasukan penguatkuasanya dalam usaha mengukuhkan imej yayasan berkenaan.

Pakaian seragam baharu berwarna biru muda itu dilancarkan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar di Menara Tun Mustapha, di sini.
Katanya, pembaharuan itu bagi memberi gambaran terbaik kepada pasukan penguatkuasa Kumpulan Yayasan Sabah.

Turut hadir menyaksikan pelancaran uniform baharu itu ialah Pengurus Kumpulan Kanan, Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat Yayasan Sabah, Zulkhairi Ismail.
-Deasoka